MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 petua org2 lama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: petua org2 lama   13/3/2010, 4:23 pm

jom kita kongsi sama2 petua2 yang boleh kita amalkan..bukan sahaja petua di dapur malah apa2 petua n pantang larang juga bole kita kongsikan di sini...


ok biar aku yang mulakan dulu...

1. atasi nasi berbau hangit
~ ramai yang mengambil langkah membuang saja nasi yang telah hangit. tapi ada cara untuk mengelakkan pembaziran ini. ambil beberapa tangkai cili api dan cucukkan diatas permukaan nasi tersebut. biarkan seketika dan apabila cili api suda layu, anda akan mendapati bau hangit suda hilang.

2. biji kurma empukkan daging
~ untuk memudahkan daging empuk, masukkan beberapa biji kurma kedalam masakan yang sedang mendidih. anda akan dapati daging juga lebi lembut.

3.hilangkan semut di dapur anda
~ bagi mencegah semut, ambil segeggam bunga cengkih dan taburkan di kawasan yang terdapat banyak semut. biarkan hingga wangian cengkih hilang. semut akan lari dan anda tidak lagi berhadapan masalah ini...

selamat mencuba..kalau ada lgi petua2 nnt saya masukkan k...
Back to top Go down
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   13/3/2010, 7:03 pm

1) Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
  2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.


__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   13/3/2010, 7:16 pm

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

1.
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di
muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Menaikkan Seri Muka

1. Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Melangsingkan Tubuh

1. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Menurunkan Berat Badan

1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan


2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.


p/s: SELAMAT MENCUBA..
[You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]


Last edited by hizan on 13/3/2010, 7:29 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   13/3/2010, 7:26 pm

Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari
berbagai pengalaman dan tulisan.


1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.


3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.


4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.


5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.


6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.


7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.


8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   14/3/2010, 12:14 am

wahhhh...ndak ku sangka geng byk juak petua2 mu nie...syabas bete... [You must be registered and logged in to see this image.]

lada hitam legakan kembung perut

bayi yang mengalami kembung perut boleh menangis semalaman. bagi menghilangkan masalah kembung ini, goreng sebungkus kecil halba dan 30 biji lada hitam di dalam kuali tanpa minyak sehingga naik bau dan bertukar warna. kemudian bungkus dengan cebisan kain putih atau kain batik dan diikat dengan kemas. panaskan pada batu tungku ibu atau layurkan api lilin sehingga panas yang sederhana untuk diletakkan pada perut bayi. tuam disekeliling perut hingga ke bahagian ari2 bayi dan juga pada tapak kaki. amalkan setiap pagi dan malam. Insya-Allah, bayi tidak akan meragam kerna kekembungan.


halia redahkan sakit senggugut

apabila anda mengalami senggugut yang teruk, ambil sedikit halia dan masukkan ke dalam periuk bersama air yang mencukupi. masakkan hingga mendidih. tapis dan dapatkan air sahaja. minum air tersebut sementara msi panas. senggugut akan beransur pulih.


kulit tidak berkedut lagi

bagi mendapatkan kulit bebas kedutan, parut sebiji lobak merah yang telah dibersihkan.campurkan parutan lobak bersama tepung jagung dan kuning telur. bancuh hingga sebati dan kemudian sapukan bancuhan keatas kulit setiap hari.


hilangkan parut pada wajah

bagi menghilangkan parut jerawat dan demam campak, ambil serbuk kulit kayu manis dan campurkan bersama bedak sejuk. kacau dengan sedikit air sehingga pekat dan sapu di muka sebelum tidur.


elakkan rambut merah dan bercabang.

bagi yang berhadapan dengan masalah kerosakan rambut, rebus seikat kangkung. setelah air rebusan sejuk, jurus dan lakukan sedikit urutan ringan ke seluruh rambut yang telah dicuci bersih sebelum itu. amalkan setiap hari.

selamat mencuba...!!!!
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   14/3/2010, 3:33 pm

uinah..mantap kamu ni..byk petua... [You must be registered and logged in to see this image.]

utk daging lembut, rebus dlu..then masukkan sudu garfu skali dlm mskn...

naa...tu ja petua aku ingat...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   14/3/2010, 3:42 pm

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
uinah..mantap kamu ni..byk petua... [You must be registered and logged in to see this image.]

utk daging lembut, rebus dlu..then masukkan sudu garfu skali dlm mskn...

naa...tu ja petua aku ingat...


yup..tu pun salah satu petuanya babe..kalau mau senang rebus jak daging tu pakai baking powder..kalu yang nie mmg sllu aku buat..hehehehe...mmg jdi lembut tu daging...
Back to top Go down
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   14/3/2010, 6:07 pm

nice topic... [You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
[You must be registered and logged in to see this link.]  [You must be registered and logged in to see this link.]  [You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
http://myfren.findtalk.biz
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 1:57 pm

sapa sini tau ya apa petua kalu mo goreng sotong supaya tdk melatup..aku sllu goreng kn melatop ohhh...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 2:28 pm

tutup ma penutup tu kuali..ahahahaha..mimang bperang oh babe...

yg aku tau kasi kluarkn matanya...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 2:38 pm

tu la tu..tpaksa di tutup pkai penutupnya..br tu sebelum di angkat tpaksa kasi mati gas dlu br angkat tu sotong..suda ku kasi lari babe matanya..tp masi jg..ada plk aku dgr kasi lari kulit2 yg nipis di bdannya tu..suda aku buat masi jg..xtau la ku mcm mn caranya..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 2:57 pm

bukan itu kah yg letak bsama bbrp keping asam keping?
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 3:46 pm

ndak tau la ku babe...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 4:15 pm

google babe..hehehe
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   19/4/2010, 7:43 pm

nnt la ku cr..huk..huk..kena mukak ku td ole letupan sotong..nasip x melecur 1 mukak...kesian kn aku...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: petua org2 lama   20/4/2010, 9:45 am

kalau nda silap aku laa tu babe... goreng ma bbrp asam keping..

guna minyak yg baru..buang mata n kulitnya.. pastikan sotong kering.. kasi lap2 dlu..
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: petua org2 lama   

Back to top Go down
 
petua org2 lama
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Wanita Hari Ini :: Dunia Kehidupan Seorang Wanita-
Jump to: