MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 History Double Six Seven Six

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: History Double Six Seven Six   7/3/2010, 2:13 am

[You must be registered and logged in to see this image.]
Tugu Peringatan Double Six di Sembulan, Kota Kinabalu. Pastinya
keluarga terdekat 11 orang termasuk 6 pemimpin Sabah akan bersedih
dengan linangan air mata, untuk kesekian kalinya lagi di sana.


1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

[You must be registered and logged in to see this image.]
Mengenang Tragedi Double Six

Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976,
pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam
laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri
Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald
Stephens.
Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan
Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar
di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan
Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963
ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975.
Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum
Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s
Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan
Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah
keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan
Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou
selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan,
Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat
khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal
Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang
berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda
kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari
Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari
Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari
Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa
[Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan
Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri
hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat
oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa
ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri
Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri
Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada
Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara
kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan
Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas
berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri
Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan
perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa
mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di
belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul
3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku
Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di
Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai
pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian
menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa
rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan
Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat
dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang
kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang
kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah.
Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang
pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June
Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan
Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr
Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan
di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan
tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: History Double Six Seven Six   7/3/2010, 2:11 pm

lebi kurang no keta aku ni....
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: History Double Six Seven Six   22/3/2010, 11:58 pm

dulu projek bibliografi sejarah aku buat psl Tun Fuad Stephen..gigih aku p arkib utk cari bahan eh...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: History Double Six Seven Six   23/3/2010, 12:52 am

Student cemerlang la ko ni..hehe
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: History Double Six Seven Six   23/3/2010, 10:03 am

well....kunun...aku pun xtau knapa semangat...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: History Double Six Seven Six   

Back to top Go down
 
History Double Six Seven Six
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Current Issues-
Jump to: