MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Jawatan Kosong Pusat Anak Permata Negara (PAPN)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Jawatan Kosong Pusat Anak Permata Negara (PAPN)   24/1/2011, 8:59 am

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri
dalam proses mengisi kekosongan Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Gred N17 di 2 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Sabah iaitu di
Beaufort dan Kota Belud yang akan beroperasi pada Mei 2011. Jumlah
kekosongan bagi setiap PAPN di Sabah adalah sebanyak 2 jawatan sahaja.

1. BUTIRAN JAWATAN
Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid
Gred : N17
Klasifikasi : Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak

2. SYARAT DAN KELAYAKAN
2.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
2.2 Kelayakan akademik :- Pemohon mestilah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia dan memperoleh kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya lulus 5 subjek.
2.3 Pemohon mestilah mempunyai pengalaman dan minat dalam asuhan kanak-kanak dan boleh bertugas di mana-mana negeri dalam Malaysia.
2.4 Berumur diantara 20thn hingga 30thn

3. PANDUAN MEMOHON
3.1 Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan tersebut berserta salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
a) Resume
b) Sijil SPM / SPMV
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Sijil Kelahiran
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Lain-lain sijil yang berkaitan
g) 2 keping gambar berukuran passport
3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
3.3 Sila tuliskan perkataan “PEMBANTU PENGURUSAN MURID” di hujung bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

4. PENYERAHAN DAN TARIKH TUTUP
4.1 Permohonan hendaklah diterima oleh pihak Bahagian PERMATA sebelum atau pada 31. Januari 2011 ( Isnin).
4.2 Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)
Jabatan Perdana Menteri
W101, Aras 1, Blok 3440
Enterprise Building One (EB1)
Jalan Usahawan
63000 Cyberjaya
Selangor

4.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5. TEMU DUGA DAN KEPUTUSAN
5.1 Hanya calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2011

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
 
Jawatan Kosong Pusat Anak Permata Negara (PAPN)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Job Vacancies :: Kerajaan-
Jump to: