MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Langkah² merancang perkahwinan

Go down 
AuthorMessage
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


20042010
PostLangkah² merancang perkahwinan

1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung - bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin
Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer unuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.

3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional.
Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di
rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan
dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan
segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian
tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan
anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput
supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan
adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan
Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej
perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang
lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu
majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan
termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu
gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad
Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad
jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis
diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.

8) Shopping untuk barang2 hantaran
Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag
dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat
gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri
la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So,
pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang.
Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum
majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama
Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer
urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan
wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1
bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan
Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis
perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan
atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat
katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi
masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras,
rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy
Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap
digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh
digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt
sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2
lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.
Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer
(kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi
mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis
perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!
Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah
di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan
panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan
sempurna!
[You must be registered and logged in to see this image.]

Alangkah gembiranya si pengantin.... :-)

KREDIT to setelkahwin.com
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

Langkah² merancang perkahwinan :: Comments

No Comment.
 

Langkah² merancang perkahwinan

Back to top 

Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Love, Friendships & Relationships :: Love, Friendships & Relationships-
Jump to: