MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Suka-suka Bertukar Tragedi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
avatar


PostSubject: Suka-suka Bertukar Tragedi   31/3/2010, 1:19 am

Trend yang dinamakan sexiting memang berleluasa di kalangan remaja. Ia yang bermula di Barat dan telah menjadi ikut-ikutan serta dipraktikkan di negara kita…

Pengaruh teknologi semakin menular ke segenap lapisan remaja. Malahan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah memiliki telefon bimbit mahupun komputer peribadi. Namun tahap penggunaan teknologi secara meluas berlaku di kalangan remaja. Sebelum ini, artikel berjudul “Dunia Internet Halalkan Perhubungan” pada keluaran Edisi Pengenalan mengupas isu batas pengguna dengan pendekatan konsep self-censorship melalui pertama, akses Internet tidak bertapis dan kedua, kemudahan emel secara meluas. Cara lain seperti berikut:

Penggunaan Kamera Telefon Bimbit
Apabila melakukan pencarian melalui enjin pencari Google dengan beberapa kata kunci, paparan teratas adalah video yang dihasilkan bangsa kita yang tanpa segan silu mengambil gambar dengan perlakuan yang mengaibkan untuk tontonan umum. Mungkin mereka merasakan bahan tersebut adalah bersifat peribadi tanpa mengetahui apabila ia disimpan sahaja dalam bentuk digital terutama sekali dalam telefon bimbit, peluang untuk ia jatuh ke tangan orang lain dan seterusnya ke Internet adalah terlalu mudah. Walaupun sesama muhrim, perlakuan begini akan hanya mengundang bencana kepada institusi kekeluargaan dalam jangka masa panjang.

Untuk yang bukan muhrim, perlakuan sumbang yang dirakamkan akan menghantui kehidupan mereka di dunia tanpa perlu menunggu perkiraan dengan Tuhan pada waktu yang ditetapkan.


Aktiviti di Ruang Sembang

Walaupun penggunaan perisian sembang boleh merapatkan silaturahim, pada masa yang sama ia boleh menimbulkan kemudaratan. Bermula dengan pertemuan di ruang sembang, ia boleh membawa kepada pertemuan secara fizikal.

Terdapat banyak kes anak gadis terpedaya dengan rakan-rakan di ruang sembang sehingga menyebabkan permulaan yang dirasakan sebagai suka-suka membawa titik hitam dalam hidup mereka. Aktiviti-aktiviti di ruang sembang yang tidak dikawal boleh menyebabkan penurunan produktiviti pekerja yang dibayar gaji untuk menghasilkan output untuk syarikat.

Laman Web Sosial – Facebook dan Twiter

Keghairahan remaja dalam penggunaan laman web sosial boleh menimbulkan kemudaratan apabila mereka menerima jemputan untuk menjadi rakan tanpa sebarang usul periksa. Ini disebabkan apabila seseorang menjadi rakan (bergantung pada setting yang ditetapkan), rakan kepada rakan juga akan dapat mengakses semua maklumat atau gambar yang dikongsi. Perkongsian maklumat yang selalunya berbentuk peribadi tanpa kawalan boleh mengakibatkan kesan buruk pada masa depan. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat berserta aksi ‘terlampau’ mungkin hanya untuk simpanan peribadi rakan-rakan. Namun apabila ia diletakkan di laman web sosial, ia akan sukar dikawal dan boleh menghantui seseorang walaupun dilakukan secara suka-suka sahaja.


Penyimpanan Gambar Lucah Berbentuk Digital
Untuk mereka yang ketagihkan gambar-gambar yang terlarang, mereka akan menyimpan imej-imej tersebut dalam telefon bimbit dan komputer riba. Terdapat banyak berita di media massa, seseorang yang berjawatan profesional hilang segala-galanya apabila berlaku penemuan membabitkan imej-imej sedemikian rupa terutama yang melibatkan golongan bawah umur.

__________________________________________________________________
[You must be registered and logged in to see this link.]  [You must be registered and logged in to see this link.]  [You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
http://myfren.findtalk.biz
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   31/3/2010, 1:32 am

remaja skrg ni lain...tlampau terdedah dgn dunia tanpa sempadan, iaitu internet [You must be registered and logged in to see this image.] ...ilmu yg dipelajari tp disalahgunakan... [You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   31/3/2010, 5:51 am

teknologi ni bgus tp cm biaselaa de pro n cont...klu gne ngan akal xde hal tp yg mslahnye gne utk kburukan..mmg ssh nk sekat klu main ngan dunie maya ni...
Back to top Go down
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   2/4/2010, 11:50 am

sukar tuk d bendung sdh hal mcm ni pasal sdh telampau bebas kan..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   3/4/2010, 12:03 am

skrg smua d ujung jari..tpulang ma individu itu cmna mau gunakn teknologi..[i]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   3/4/2010, 12:36 am

dh terlampau maju teknologi cm2la jdnye...tp klu x tau lgsungkan org ckap kuno plak...sumenye terpulang pd penggune 2..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   18/4/2010, 1:55 am

itu laa..tepuk dada tanya slera...[i] gelek
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Suka-suka Bertukar Tragedi   

Back to top Go down
 
Suka-suka Bertukar Tragedi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Current Issues-
Jump to: