MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Ceramah Perdana "MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?"

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Ceramah Perdana "MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?"   22/3/2010, 6:56 pm

SATU ceramah Perdana berhubung Royalti Minyak bertajuk ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ akan di adakan pada 2 April 2010. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan juga Mantan Menteri Kewangan Malaysia yang diberi jolokan sebagai Pengasas Petronas.

Ceramah ini adalah merupakan anjuran bersama 10 NGO Sabah termasuk Persatuan Blogger Sabah dan United Sabah Dusun Association (USDA).

Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama.

Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat), Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) bertempat di , Penampang bermula jam 8 Malam.

Dalam pada itu, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa khas yang terdiri dari NGO Sabah telah diadakan semalam untuk memastikan ceramah berkenaan mendapat sambutan dan rakyat Sabah mendapat maklumat berkaitan petroleum yang mereka mahukan selama ini tanpa melibatkan sebarang elemen politik.

Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah.

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
 
Ceramah Perdana "MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?"
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Greetings, Events & Promotions :: Events & Promotions-
Jump to: