MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Rahsia Gadis Kekal Ayu~

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   16/3/2010, 12:02 am

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty).
Dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara.
Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata.
Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit.
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun
yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka.
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
Jangan banyak berangan.


[You must be registered and logged in to see this image.]

6. Menjaga rambut.

Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap.Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis
berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan.
Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk diatas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum.
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

[You must be registered and logged in to see this image.]

10. Menjaga mata.

Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Sentiasa Positif.

[You must be registered and logged in to see this image.]
.............courtesy of pakarhowto.com


Last edited by lynkin84 on 16/3/2010, 11:01 am; edited 3 times in total
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   16/3/2010, 12:14 am

kalau mau slalu muka nampak ayu dan bersih...slalu ja ambik wudu'....
petua dr aku...hehe
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   16/3/2010, 12:21 am

stuju, bro....bcahaya tu wajah eh...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   17/3/2010, 2:25 pm

petua yg aku selalu dgr...
klu ambik wuduk, jgn lap...biar ia kering sendiri...
jgn selalu bmurung, nti kuar kedut2,hehehe...
rajin2 senyum....anda akan sentiasa nmpk ayu [You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   17/3/2010, 4:32 pm

Ayu...terserlah dpd keperibadian org tu sendiri...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   21/3/2010, 12:18 pm

pandai2 laa mjaga perilaku kan babe kan...[i]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
avatar


PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   22/3/2010, 4:13 am

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
kalau mau slalu muka nampak ayu dan bersih...slalu ja ambik wudu'....
petua dr aku...hehe

yap2...2 brulaa natural beauty...sjuk je mate memandang...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia Gadis Kekal Ayu~   

Back to top Go down
 
Rahsia Gadis Kekal Ayu~
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Wanita Hari Ini :: Dunia Kehidupan Seorang Wanita-
Jump to: