MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
@ Admin

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

Share | 
 

 Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   15/3/2010, 11:56 pm

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.

Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telurakan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranyaia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkandari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period -
NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.

Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari.

Ini bermakna,sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.

Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri
ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
........from pakarhowto.com
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 1:42 am

oooooooooo......bgitu pla,heheheehe.... [You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:06 am

[You must be registered and logged in to see this image.] Klo kitar haidnya nda teratur??nda normal mcm perempuan lain.....mcm mna mau tau tahap kesuburannya...atau camna mau tau dia pregnant atau nda?..................
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:09 am

naaa...bgs juak nie info bg mereka2 yang kurang mengetahui..sejujurnya aku pun kurang pkar juak psl kitaran haid nie.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:12 am

ya kan..mcm mn plk tu arr kalu yg x teratur tu..sapa tau ble explain..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:27 am

ada kwn aku ckp (dia ni suda kahwin n bkesan cara ni ma dia) waktu tbaik ialah 4-5 hari pas period tu utk bsama suami...

tp bagi aku smua ni bgantung ma byk pkara juga.. sperma kena subur...tubuh wanita tu kena bsedia utk psenyawaan...n tpulang ma rezeki juga..hehe
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:35 am

Susa juga mo plan..susa untuk pasangan suami isteri yg duduk berjauhan..klo tinggal seruma myb ok sbb hari2 bole bt hubungan bersama...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 9:50 am

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
Susa juga mo plan..susa untuk pasangan suami isteri yg duduk berjauhan..klo tinggal seruma myb ok sbb hari2 bole bt hubungan bersama...

xsemestinya babe..cousin aku laki dia kja jauh..plg pn ujung minggu ja..suda anak sorg u...

teringat aku hizan ckp..1kali plg...berabis..naaa...jagalaa ko babe...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 10:04 am

eeeeeeeeeeeeeeeeee....siot [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 10:24 am

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
eeeeeeeeeeeeeeeeee....siot [You must be registered and logged in to see this image.]

naaa..habislah ko...bilangnya lg kan satu kali timbak...ahahahahaha... [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 10:31 am

Lapor ma Sayed...ko tguuuuuu... [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 10:34 am

ehem..ehem..aku bdk bawah umur x tau pa2 ya.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 10:40 am

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
Lapor ma Sayed...ko tguuuuuu... [You must be registered and logged in to see this image.]

aku cuma mnyampaikan apa laki ko ckp ekekekekek....
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 1:33 pm

[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
Lapor ma Sayed...ko tguuuuuu... [You must be registered and logged in to see this image.]

aku cuma mnyampaikan apa laki ko ckp ekekekekek....
bila masaa aku ckp ni??? teda pun buktiiii.....hehehehe [You must be registered and logged in to see this image.]

__________________________________________________________________
"Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi"
[You must be registered and logged in to see this image.] Support Local Band Kita [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   17/3/2010, 2:42 pm

hizan wrote:
[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
[You must be registered and logged in to see this link.] wrote:
Lapor ma Sayed...ko tguuuuuu... [You must be registered and logged in to see this image.]

aku cuma mnyampaikan apa laki ko ckp ekekekekek....
bila masaa aku ckp ni??? teda pun buktiiii.....hehehehe [You must be registered and logged in to see this image.]

Tuhan ada.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 10:47 am

aku ada satu benda mau kongsi la..bagi sapa yang kitaran haid nya tdk teratur la..dulu aku pun haid x teratur..kadang 2 bln skali, 3 bln skali pernah tu smpi 6 bln x dtg bln..so risau jg la..suda jmpa DR dia suh jak jga pemakanan dan byk kn bersenam..tp tau la aku nie kurang rajin skit bersenam..almaklum la buntut berat sgt.. [You must be registered and logged in to see this image.] so, aku ikhtiar cara len..1st skali aku try mkn mkanan supliment iaitu gamogen..gamogen nie membantu untuk merangsang pembaharuan dan penyembuhan sel2 dan saraf dlm bdan..selain itu, dia boleh merangsang kesuburan dan membantu menyingkirkan bahan toksik dalam bdan..aku dah hbiskan dlm 4 botol..yang ke-2, my mom ada blikan 1 botol air..botol nie nama dia NANO CAN..botol nie berubat la something like that..dia ble membantu jg menyuburkan dalaman dan buang sakit2 yg ada dlm bdan..sebulan je aku amal 2 benda nie..skng alhamdulilla haid aku dah teratur..so sapa2 yang ingin cuba ble la try..hik..hik..aku cuma kongsi pengalaman la..untuk kebaikan bersama..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:26 pm

nice one, babe... aku ni ok2 juga laa masi ni cycle nih..xla lagi d thp mrisaukn...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:34 pm

selalunya org yang berbadan besar jak nie ada mslh kitaran haid..tp x semetinya jg..ada jg org yg berbadan slim tp haid kurang teratur..so aku syorkan la 2 benda nie..insyaAllah dpt membantu..sbb aku pun pernah mengalami mslh yg sma..hik..hik..
Back to top Go down
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:36 pm

aku pun nda berapa teratur ni...tp aku sdh jumpa doktor p scan..teda jua la yg membimbangkan...aku pun nda rasa risau sbb aku jarang sakit sengugut pastu aku dtg pun tempoh dia x pjg paling2 5 hari bersih sdh..klo org len sblm dtg mesti sakit2 perut..aku pla teda ni..smp aku sendiri pun nda sedar klo aku dtg..hehe
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:43 pm

aku dlu smpai sujud2 mnahan ksakitan tu.. skrg ok2 suda.. tua suda kali so cycle pn stabil suda..
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:48 pm

nda perna pla aku sakit tahap gaban mcm tu..huhu..tp aku period start darjah 5..hehe..kecik2 lg kan..
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
avatar


PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   19/4/2010, 12:50 pm

aku pun sakit perut n bhgian pinggang owh kalu mau dtg bln..smpi breast pun skit jg..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...   

Back to top Go down
 
Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Wanita Hari Ini :: Dunia Kehidupan Seorang Wanita-
Jump to: